Jumaat, 15 Januari 2016

KENDURI ARWAH BIDAAH MUNKARAH, HARAM?

KENDURI ARWAH BIDAAH MUNKARAH, HARAM?
 Alyasak Berhan

Hujah yang menunjukkan bahawa istilah 'Bidaah Munkarah' dalam permasalah kenduri arwah bukan merujuk kepada hukum haram. Bahkan ia merujuk kepada hukum makruh.

A) Kitab Mazhab Syafi'i yang menggunakan istilah 'bidaah munkarah' secara jelas dalam permasalahan kenduri arwah, antaranya;

1. Hasyiah I'anah al-Tolibin 228/2

وقد اطلعت على سؤال رفع لمفاتي مكة المشرفة فيما يفعله أهل الميت من الطعام. وجواب منهم لذلك .وصورتهما

ما قول المفاتي الكرام بالبلد الحرام دام نفعهم للانام مدى الايام، في العرف الخاص في بلدة لمن بها من الاشخاص أن الشخص إذا انتقل إلى دار الجزاء، وحضر معارفه وجيرانه العزاء، جرى العرف بأنهم ينتظرون الطعام، ومن غلبة الحياء على أهل الميت يتكلفون التكلف التام، ويهيئون لهم أطعمة عديدة، ويحضرونها لهم بالمشقة الشديدة. فهل لو أراد رئيس الحكام - بما له من الرفق بالرعية، والشفقة على الاهالي - بمنع هذه القضية بالكلية ليعودوا إلى التمسك بالسنة السنية، المأثورة عن خير البرية وإلى عليه ربه صلاة وسلاما، حيث قال: اصنعوا لآل جعفر طعاما يثاب على هذا المنع المذكور ؟ أفيدوا بالجواب بما هو منقول ومسطور.

الحمد لله وحده وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده. اللهم أسألك الهداية للصواب.

نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر، ثبت الله به قواعد الدين وأيد به الاسلام والمسلمين. قال العلامة أحمد بن حجر في (تحفة المحتاج لشرح المنهاج): ويسن لجيران أهله - أي الميت - تهيئة طعام يشبعهم يومهم وليلتهم، للخبر الصحيح. اصنعوا لآل جعفر طعاما فقد جاءهم ما يشغلهم. ويلح عليهم في الاكل ندبا، لانهم قد يتركونه حياء، أو لفرط جزع. ويحرم تهيئه للنائحات لانه إعانة على معصية، وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه، بدعة مكروهة - كإجابتهم لذلك، لما صح عن جرير رضي الله عنه. كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة. ووجه عده من النياحة ما فيه من شدة الاهتمام بأمر الحزن. ومن ثم كره اجتماع أهل الميت ليقصدوا بالعزاء، بل ينبغي أن ينصرفوا في حوائجهم، فمن صادفهم عزاهم. اه. وفي حاشية العلامة الجمل على شرح المنهج : ومن البدع المنكرة والمكروه فعلها: ما يفعله الناس من الوحشة والجمع والاربعين، بل كل ذلك حرام إن كان من مال محجور، أو من ميت عليه دين، أو يترتب عليه ضرر، أو نحو ذلك.

Istilah 'bidaah munkarah' disebutkan dengan jelas dalam pernyataan di atas. Namun, adakah ianya menunjukkan hukum haram?

Jawapannya adalah TIDAK, kerana;

a. Pernyataan;

"التي يثاب على منعها والي الامر"

tidak menunjukkan perbuatan pemerintah menegah "bidaah munkarah" tersebut sebagai wajib. Bahkan, tuan punya pernyataan hanya sekadar menyatakan "akan diberi pahala atas menegahnya". Hal ini berbeza dengan apa yang dinukilkan oleh pengarang yang sama dalam permasalahan solat raghaib iaitu;

)قوله: فائدة: أما الصلاة المعروفة ليلة الرغائب إلخ) قال المؤلف في إرشاد العباد: ومن البدع المذمومة التي يأثم فاعلها ويجب على ولاة الأمر منع فاعلها: صلاة الرغائب اثنتا عشرة ركعة بين العشاءين ليلة أول جمعة من رجب...-حاشية إعانة الطالبين 431/1

b. Sambungan perbahasan kepada bidaah munkarah di atas, secara jelas menyebut "bidaah yang makruh" iaitu;

وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه، بدعة مكروهة - كإجابتهم لذلك

ومن البدع المنكرة والمكروه فعلها: ما يفعله الناس من الوحشة والجمع والاربعين، بل كل ذلك حرام إن كان من مال محجور، أو من ميت عليه دين، أو يترتب عليه ضرر، أو نحو ذلك

Justeru, mana mungkin penggunaan istilah "bidaah munkarah" pada permulaannya bermaksud haram, sedangkan kesinambungannya secara jelas menyatakan ianya sebagai makruh pula (bidaah makruh). Hal ini akan membawa kepada pertentangan maksud apabila istilah bidaah munkarah di sini difahami dengan makna hukum haram.

2. Hasyiah al-Qalyubi 'ala Syarh al-Mahalli 353/1

ومن البدع المنكرة المكروه فعلها كما في الروضة ما يفعله الناس مما يسمى بالكفارة ومن صنع طعام للاجتماع عليه قبل الموت أو بعده ومن ذبح على القبر، بل ذلك كله حرام إن كان من مال محجور...

Kitab ini jelas mengkaitkan bidaah munkarah dengan makruh. Ini bermakna bidaah munkarah yang dimaksudkan di sini hukumnya adalah makruh sahaja dan bukannya haram.

3. Hasyiah al-Jamal 'ala Syarh al-Manhaj 216/2

ومن البدع المنكرة والمكروه فعلها: ما يفعله الناس من الوحشة والجمع والاربعين، بل كل ذلك حرام إن كان من مال محجور، أو من ميت عليه دين، أو يترتب عليه ضرر، أو نحو ذلك

Kitab ini jelas mengkaitkan bidaah munkarah dengan makruh. Ini bermakna bidaah munkarah yang dimaksudkan di sini hukumnya adalah makruh sahaja dan bukannya haram.

B. Kitab Mazhab Syafi'i yang menggunakan istilah 'bidaah makruhah' atau makruh secara jelas dalam permasalahan yang sama. Ini sebagai hujah sokongan bahawa 'bidaah munkarah' yang disebutkan dalam permasalahan kenduri arwah ini hukumnya adalah makruh sahaja dan bukannya haram. Antaranya;

1. Asna al-Matolib 85/2

)ويكره لأهله) أي الميت (طعام) أي صنع طعام (يجمعون عليه الناس) أخذ كصاحب الأنوار الكراهة من تعبير الروضة والمجموع بأن ذلك بدعة غير غير مستحب

2. Tuhfah al-Muhtaj dan Hasyiah al-Syarwani 207/3

وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس عليه بدعة مكروهة كإجابتهم لذلك-تحفة المحتاج

) قوله بدعة مكروهة ) عبارة شيخنا بدعة غير مستحبة بل تحرم الوحشة المعروفة وإخراج الكفارة وصنع الجمع والسبح إن كان في الورثة محجور عليه إلا إذا أوصى الميت بذلك وخرجت من الثلث ا هـ . - حاشية الشرواني

3. Nihayah al-Muhtaj dan Hasyiah al-Syabramallisi 42/3

ويكره كما في الأنوار وغيره أخذا من كلام الرافعي والمصنف أنه بدعة لأهله صنع طعام يجمعون الناس عليه قبل الدفن وبعده لقول جرير : كنا نعد ذلك من النياحة ، والذبح والعقر عند القبر مذموم للنهي- نهاية المحتاج

)قوله : قبل الدفن وبعده) ومنه المشهور بالوحشة والجمع المعلومة أيضا ( قوله : والذبح والعقر عند القبر مذموم ) أي فيكون مكروها

4. Tarsyih al-Mustafidin Syarh Fath al-Muin 142-143

وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعو الناس إليه بدعة مكروهة كإجابتهم لذلك وكره اجتماع أهل البيت ليقصدوا بالعزاء

5. Fath al-'Allam 217-218/3

ومن البدع المكروه ما يفعله الناس مما يسمى بالكفارة ومن صنع طعام للاجتماع عليه قبل الدفن أو بعده ومن الذبح على القبر ومن الجمع والاربعين، بل كل ذلك حرام إن كان من مال الميت، و عليه دين، أو كان في ورثته محجور عليه أو غائب

6. Sabil al-Muhtadin 87

"Dan MAKRUH lagi bidaah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya segala manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah beradat. Dan demikian lagi MAKRUH lagi bidaah bagi segala mereka yang diserunya memperkenankan serunya..."

7. Bughyah al-Tullab 34

"Dan MAKRUH lagi bidaah bagi orang yang kematian memperbuat makanan yang meserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebanyakan manusia. Dan demikian lagi MAKRUH lagi bidaah bagi segala orang yang yang diserukan dia memperkenankan seruannya...kata Syeikh Ibn Hajar; Dan kerana inilah makruhkan berhimpun segala ahli mayyit menyengajakan mereka itu dengan 'aza' yakni mengqasad orang datang takziahkan mereka itu..."

C. Kitab Mazhab Syafi'i yang menggunakan istilah 'bidaah ghair mustahabbah/ghair muharramah' dalam permasalahan yang sama. Ini sebagai hujah sokongan bahawa 'bidaah munkarah' yang disebutkan dalam permasalahan kenduri arwah ini hukumnya adalah makruh sahaja dan bukannya haram. Antaranya;

1. Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab 290/5

وأما إصلاح أهل الميت طعاما وجمع الناس عليه فلم ينقل فيه شيء، وهو بدعة غير مستحبة

2. Mughni al-Muhtaj 546/1

وأما إصلاح أهل الميت طعاما وجمع الناس عليه فبدعة غير مستحبة

3. Hasyiah al-Baijuri 385/1

أما فعل أهل الميت لذلك وجمع الناس عليه فبدعة غير مستحبة، بل تحرم الوحشة المعروفة وإخراج الكفارة وصنع الجمع والسبح إن كان في الورثة محجور عليه إلا إذا أوصى الميت بذلك وخرجت من الثلث

4. Hasyiah al-Bujairimi 'ala al-Khatib 588/2

أما لو صنعوا من مال أنفسهم فبدعة غير محرم

Kesimpulan;

1) Bidaah bukanlah hukum taklifi.

2) Penggunaan istilah bidaah dalam Mazhab Syafi'i masih tertakluk kepada hukum taklifi yang 5 iaitu haram, harus, makruh, sunat dan wajib.

3) Istilah 'bidaah munkarah' dalam permasalahan kenduri arwah ini, bukanlah merujuk kepada hukum haram secara mutlak. Bahkan, berdasarkan qarinah, qayyid dan sokongan lain, dapat difahami bahawa penggunaan istilah “bidaah munkarah” dalam permasalahan ini adalah merujuk kepada hukum makruh sahaja, dan bukanlah haram.

4) Perkataan "pemerintah akan diberikan pahala jika menegah bidaah munkarah" ini bukanlah menunjukkan istilah bidaah munkarah tersebut termasuk dalam perkara yang wajib ditegah sehingga mengakibatkan dosa apabila ia tidak ditegah. Bahkan, ia bermaksud bahawa menegah perbuatan makruh yang berleluasa itu merupakan sesuatu yang dianjurkan untuk ditegah terutamanya ke atas pemerintah sehingga akan diberikan pahala jika menegahnya.

5) Memahami istilah bidaah munkarah dari sudut hukum perlulah dirujuk kepada ahli hukum kerana ia adalah merupakan istilah khusus fiqh/hukum. Memahami istilah bidaah munkarah berdasarkan makna umum al-Quran dan hadis adalah merupakan sesuatu yang kurang tepat. Bahkan, istilah tersebut berbeza maksudnya sepertimana perbezaan umum dan khusus. Hal ini juga sama situasinya dengan istilah munkar dalam istilah ilmu hadis.

6) Komentar ringkas ini hanya fokus kepada perbahasan; "adakah bidaah munkarah itu membawa makna haram dilakukan". Justeru, permasalah tahlil dan kenduri arwah secara keseluruhan bukanlah topik utama komentar ini.
اليسع

Sekian.